Search

[Bruce Almighty]

Di dalam filem Bruce A...

  • Share this:

[Bruce Almighty]

Di dalam filem Bruce Almighty, Morgan Freeman melakonkan watak sebagai tuhan (naudzubillah). Beliau selaku 'tuhan' mendengar doa seorang lelaki lalu menyerahkan tugas 'tuhan' kepada Bruce lakonan Jim Carrey. Morgan Freeman selaku 'tuhan' lalu bercuti dari menjalankan tugasnya.

Bruce yang telah diberikan tugas selaku 'tuhan' malas menjawab dan membalas doa lalu menaip di keyboar...
dnya - 'YES TO ALL' kepada semua doa. Bruce sebagai 'tuhan' juga digambarkan memerlukan kopi kerana mengantuk, berasmara dengan isterinya, letih dan tidur. Ini yang terjadi apabila manusia mengambarkan Tuhan dengan daya imaginasi mereka yang terhad. Dalam Bible dikatakan Tuhan berehat setelah mencipta alam ini dalam masa 6 hari;

"On the seventh day God had finished his work of creation, SO HE RESTED from all his work."
[Genesis 2:2 - New Living Translation]

Manakala bagi umat Islam, kami menolak sekeras-kerasnya sifat Tuhan yang sedemikian. Tuhan bukan seperti manusia yang memerlukan kopi, berasmara, penat dan tidur;

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). YANG TIDAK MENGANTUK USAHKAN TIDUR. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi."
[Al-Baqarah 2:255]

Sesungguhnya bagi umat Islam, Tuhan bebas dari segala kecacatan dan tiada persamaan apapun dengan ciptaannya.

"Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)..."
[Asy-Syuura 42:11]

Allahuakbar (Allah Maha Besar)


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts